Jumaat, 26 Mac 2021

Tidur atas tanah, Ustaz Ebit bina 16 rumah keluarga Zulu

EBIT LEW beramah mesra dengan penduduk etnik Zulu Afrika Selatan. Foto Facebook Ebit Lew

PENDERITAAN 16 keluarga etnik Zulu di Afrika Selatan yang terpaksa tidur di atas tanah setelah kediaman mereka terbakar berakhir apabila pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) membantu membina 16 buah rumah baharu untuk mereka.

UEL menerusi hantaran Facebook beliau hari ini memaklumkan, beliau sebak melihat ujian yang menimpa keluarga berkenaan.

EBIT LEW membantu membina 16 buah rumah untuk 16 
keluarga etnik Zulu di Afrika Selatan. Foto Facebook Ebit Lew

Menurutnya, hidup sebahagian mereka disini terlalu susah dan beliau rasa sedih dengan keadaan itu.

“Terus beli semua keperluan binaan seperti pintu,tingkap,zink dan lain-lain. 

SEBAHAGIAN daripada kelengkapan rumah yang dibeli 
Ustaz Ebit Lew untuk membina semula rumah etnik Zulu.

“Mereka terkejut masa saya kata saya akan tolong mereka bina 16 rumah ini semula. Mereka terlalu gembira,” katanya.

UEL memberitahu, beliau sama sekali tidak menyangka ketika penduduk lain sedang tidur lena, masih ada orang bawa anak mereka tidur tepi jalan atas tanah.

Ujarnya, mereka ramai-ramai tepuk tangan dan tak berhenti cakap god bless you brother. 

“Semoga menjadi asbab kebaikan,” tambahnya.

UEL bersama pasukannya pada minggu ini sedang dalam misi kemanusiaan ke Afrika Selatan untuk tempoh yang tidak dinyatakan.

Semalam beliau menyantuni sebahagian penduduk Afrika Selatan dengan memberikan mereka hadiah dan sedikit duit belanja.

Tiada ulasan: