Isnin, 29 Mac 2021

Pengurus acara dipanggil hari ini

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
DENGAN hanya sekali lafaz, pengacara dan pelakon popular, 
Neelofa sah bergelar isteri kepada pendakwah, Haris Ismail.

PETALING JAYA: Pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa akan dipanggil hari ini bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, selain daripada pengurus acara berkenaan, beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel turut akan dipanggil bagi memberi keterangan.

“Saksi-saksi lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal meminta orang ramai untuk tidak salah faham berhubung pengeluaran kompaun terhadap kesalahan melanggar SOP.

Jelasnya, pihak polis menerima maklumat selepas gambar berkenaan tular kerana majlis diadakan secara tertutup.

“Kalaulah majlis itu masih berjalan dan ketika itu juga polis menerima laporan mengenai perlanggaran SOP, sudah pasti kita akan ke lokasi dan mengeluarkan kompaun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: