Dalam deraf laporan yang diterima agensi AP, beberapa senario dimasukkan bagi mengenal pasti punca jangkita Covid-19 tersebar.
Kajian bersama di antara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan China mengenai punca Covid-19 mengumumkan penelitian pasukan antarabangsa yang mendapati pemindahan virus kelawar dari binatang lain kepada manusia adalah senario paling hampir bagaimana wabak tersebut boleh tersebar.
Menurut sebuah deraf laporan yang diterima agensi The Associated Press, khabar angin yang mengatakan terdapat kebocoran makmal sebagai puncanya turut ditolak dengan menyifatkan pandangan itu “sangat mustahil berlaku.”
Pasukan tersebut turut mencadangkan kajian lanjut dalam di setiap lapangan melainkan hipotesis mengenai kebocoran makmal.
Sebelum ini pengumuman laporan tersebut sudah beberapa kali ditunda menyebabkan timbul dakwaan China sedang cuba menyorokkan kesimpulannya bagi mengelak untuk bertanggungjawab di atas penularan global wabak tersebut.
Minggu lalu, pegawai WHO juga berkata bahawa pihaknya menjangka laporan tersebut akan diumumkan “beberapa hari lagi”.
Sebahagian besar laporan tersebut berdasarkan lawatan pasukan pakar WHO dari pertengahan Januari hingga Februari ke Wuhan, bandar yang menjadi tempat pertama Covid-19 dikesan.
Peter Ben Embarek, pakar WHO yang mengetuai misi ke Wuhan tersebut berkata pada Jumaat bahawa laporan tersebut dalam peringkat akhir penelitian fakta dan terjemahan.
Laporan yang diterima agensi The Associated Press itu dilihat sebagai versi akhir laporan tersebut. Sumber juga merupakan seorang diplomat dari Geneva yang mahu identitinya dirahsiakan.
Dalam laporan itu, pasukan pakar menyenaraikan empat senario yang hampir serupa.
Mereka menyimpulkan jangkitan melalui binatang kedua adalah cara paling tepat ia merebak.
Mereka kemudian menilai penularan secara terus daripada kelawar kepada manusia juga mungkin boleh berlaku selain produk-produk perkilangan.
Kumpulan virus yang menjadi punca terdekat Covid-19 ditemui pada kelawar yang dikenali sebagai pembawa virus korona.
Bagaimanapun, laporan tersebut berkata bahawa “jarak evolusi di antara virus-virus kelawar dan Covid-19 dianggarkan berlaku dalam tempoh beberapa dekad, mencadangkan wujud titik sambung yang tidak ditemui di antara virus-virus tersebut.”
Laporan tersebut juga berkata virus serupa turut ditemui pada tenggiling, selain musang dan kucing kerana binatang-binatang itu turut terdedah dengan virus.
“Saya menjangka bahawa dalam beberapa hari ke depan, keseluruhan proses akan selesai dan kami akan dapat umumkannya kepada semua,” kata Embarek.
Setakat ini, masih belum jelas sama ada laporan itu masih boleh disunting atau tidak sebelum ia diumumkan secara rasmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan