PETALING JAYA : Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 memperuntukkan peraturan-peraturan tertentu yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap setiap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan berita tidak benar berkaitan Covid-19 yang ditulis, disiarkan, diterbitkan dan divisualkan berkuat kuasa esok.
Menurut ordinan itu, menjadi satu kewajipan bagi mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar untuk menghapuskan penerbitan itu dalam masa 24 jam dari masa arahan diberikan oleh seorang pegawai polis atau pegawai yang diberi kuasa.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subsekyen (1) iaitu melakukan suatu kesalahan dan disabitkan, didenda tidak melebihi RM100,000 dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari, selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Mahkamah boleh memerintahkan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar
Berita tidak benar yang dimaksudkan termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang keseluruhannya atau sebahagiannya adalah palsu yang berhubungan dengan Covid atau proklamasi darurat, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea. -UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan