Selasa, 2 Mac 2021

1,555 kes baru, enam lagi korban

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 1,555 kes Covid-19 baru dikesan dan enam lagi menjadi korban virus berkenaan.

Kes baru hari ini melibatkan tiga kes import dan selebihnya jangkitan tempatan. 

Ini menjadikan kes keseluruhan yang pernah direkodkan di dalam negara adalah 304,315 dan 1,141 korban keseluruhan. 

Dengan mengambil kira 2,528 lagi pesakit sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, kes aktif setakat tengah hari tadi ialah 24,563.

Unit rawatan rapi menempatkan 204 pesakit, dengan 96 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada ulasan: