Selasa, 2 Mac 2021

Vaksin AstraZeneca dan Sinovac dapat kelulusan bersyarat

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini memberikan kelulusan bagi pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh firma Britain AstraZeneca dan firma China Sinovac.

"Pendaftaran secara bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan dan terkini secara rolling submission untuk dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini.

Kelulusan ini bermakna Malaysia kini mempunyai tiga vaksin untuk menangani wabak tersebut.

Vaksin satu lagi ialah Pfizer-BioNTech yang telah dilancarkan untuk memvaksinasi petugas barisan depan di seluruh negara mulai 26 Februari lalu.

[Laporan lanjut menyusul]

Tiada ulasan: