Khamis, 7 Januari 2021

Tanah runtuh di Jalan Raya Timur Barat dekat Banjaran Titiwangsa

Oleh ASLIZA MUSA
KEADAAN tanah runtuh di Kilometer 57, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat Banjaran Titiwangsa dekat Gerik hari ini. - 

GERIK: Kejadian tanah runtuh di Kilometer 57, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat Banjaran Titiwangsa dekat sini menyebabkan satu lalu terpaksa ditutup kepada kenderaan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmod berkata, laluan itu ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan jalan.

Katanya, sepasukan anggota trafik dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dan Balai Polis Bersia ditugaskan mengawal lalu lintas.

“Hanya satu laluan dibuka dan keadaan lalu lintas terkawal dengan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak dan Belati Wangsa.

“Keadaan hujan turun renyai dan pengguna di kedua-dua arah dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kejadian pada pukul 4 petang itu tidak melibatkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan kepada pengguna jalan raya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: