Bernama
ANNUAR:
Kita telah mulakan program ini sekitar pertengahan tahun
lepas sebagai
percubaan dan ad-hoc dengan kapasiti kecil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkasakan Program MY5 bagi
membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan keselamatan
sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.
Menterinya
Tan Sri Annuar Musa berkata program sepanjang tahun 2021 itu meliputi
aspek pekerjaan dinamakan sebagai MYJob@Wilayah, persekolahan
(MYSchoolBus@Wilayah), barangan keperluan asas (MYGrocer@Wilayah),
makanan (MYFood@Wilayah) dan perubatan (MYMedic@Wilayah).
"Kita
telah mulakan program ini (sekitar pertengahan) tahun lepas sebagai
percubaan dan ad-hoc dengan kapasiti kecil jadi tahun ini kita akan
menjalankan program dengan lebih meluas," katanya dalam program Ruang
Bicara bertajuk Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin terbitan Bernama TV
malam tadi.
Beliau berkata MYJob@Wilayah
bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota
terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam enam bidang pekerjaan
termasuk perkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan,
pembuatan dan pembungkusan.
Jelasnya,
MYSchoolBus@Wilayah yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan
tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan
rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta
kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid.
Annuar
berkata kementerian juga menyasarkan untuk memperluas program
MYGrocer@Wilayah yang menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur
pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos
rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.
"Saya
juga mengharapkan lebih banyak sambutan dan kerjasama strategik pihak
swasta untuk menjayakan MYFood@Wilayah dalam memastikan bantuan makanan
percuma boleh dinikmati lebih ramai golongan memerlukan," katanya.
Tambahnya,
MYMedic@Wilayah yang menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma
menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan
secara mingguan juga akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan.
Selain
itu, Annuar turut berkongsi berkenaan sumbangan beras menerusi program
MYBeras@Wilayah yang akan dilaksanakan mulai 1 Feb sehingga Jun tahun
ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas
akibat COVID-19.
Jelasnya untuk permulaan
sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai
akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk
Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan