Nur Fazlizai Ali
Anggota
bomba menggunakan peralatan khas bagi memotong dan mengumpil
pintu
bahagian pemandu sebelum membawa keluar mangsa dari kenderaan. -
Foto
Astro AWANI
KUALA NERUS: Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebatang pokok.
Kemalangan berlaku di Kampung Wakaf Tembesu di sini, kira-kira jam 7.50 malam, pada Selasa.
Ketika
kejadian, mangsa Fadzihah Zepari, 35 tahun, dikatakan dalam perjalanan
pulang dari tempat kerja di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Sejurus
tiba di lokasi kejadian, Perodua Alza yang dipandunya dipercayai
terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan menyebabkan kakinya
tersepit.
Komander
Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerus, Mohd Zulkifli Abdulah
berkata, sejurus menerima panggilan, seramai tujuh anggota dikejarkan ke
lokasi kejadian.
"Pergerakan itu agak
terbatas, jadi kita terpaksa mengeluarkan mangsa dengan berhati-hati
untuk mengurangkan risiko, daripada lebih cedera parah.
"Kita menggunakan peralatan khas iaitu peralatan rescue cutter bagi memotong dan juga mengumpil, bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan mangsa," kata Mohd Zulkifli.
Jelasnya,
pihak bomba mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan mangsa dengan
mengumpil pintu bahagian pemandu menggunakan alat pemotong.
Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan