Tumpat: Limpahan air Sungai Kelantan sejak tengah hari tadi menyebabkan kawasan tebing berhampiran Jeti Kok Majid di sini, digenangi air hampir satu meter.
Malangnya, ada pula penduduk yang menjadikan kawasan itu seperti 'taman tema' untuk bermain air dan merakam gambar kenangan.
Penduduk, Mohd Amirul Asyraf Abdul Rahman, 30, berkata, keadaan itu fenomena biasa yang berlaku setiap tahun, malah Jeti Kok Majid akan menjadi seperti taman tema air untuk kanak-kanak bermain.
"Biasanya menjelang malam air akan lagi naik hingga ke jalan utama dan penduduk di lebih 10 kampung di sini akan mula buat persiapan, termasuk alihkan kenderaan ke tempat tinggi," katanya.
Peniaga kedai makan, Che Hani Harun, 63, berkata, kedainya yang juga kediaman keluarga, dimasuki air sejak tengah hari, namun dia masih berniaga dalam keadaan berwaspada.
Menurutnya, dia sekeluarga melakukan persiapan berperingkat dan mengemas peralatan serta menyimpan barang keperluan apabila paras air semakin naik.
Bagi pemandu bot penambang, Hassan Mamat, 50, rutinnya mengemudi bot masih diteruskan untuk membawa penduduk kampung yang tinggal di kepulauan dekat Sungai Kelantan.
"Memang arus agak deras tapi kami sudah biasa dengan keadaan ini dan berhati-hati tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Bezanya adalah pada musim ini, penumpang kurang kerana bimbangkan cuaca dan tak mahu ambil risiko," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan