Sabtu, 30 Januari 2021

Pejabat Menteri Besar Johor ditutup tiga hari mulai esok

JOHOR BAHRU: Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, di sini, akan ditutup tiga hari bermula esok sehingga 2 Februari depan, susulan penularan wabak COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri, tengahari tadi.

"Penutupan pejabat berkenaan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

"Susulan penutupan berkenaan, semua janji temu akan ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Orang ramai yang mempunyai urusan penting boleh menghubungi pegawai berkenaan," kata kenyataan terbabit.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi bersama-sama memerangi pandemik COVID-19.

"Sentiasa memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman atau 'hand sanitiser' serta kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar," katanya.

Pejabat Menteri Besar dijangka beroperasi seperti biasa mulai 3 Februari.

Tiada ulasan: