Dewi Nur Harasha Alias
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas lantai dalam keadaan menghadap
komputer riba di rumahnya.
BUKIT MERTAJAM :
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas lantai dalam keadaan
menghadap komputer riba di rumahnya di Taman Jambu Mawar, Bukit
Mertajam, Jumaat malam.
Dalam kejadian
jam 9.30 malam itu, jiran mangsa membuat panggilan kecemasan kepada
pihak bomba selepas mangsa gagal dihubungi dan pintu rumahnya pula
berkunci.
Menurut
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang,
sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda bergegas
ke lokasi kejadian selepas menerima laporan.
Sebaik
sahaja tiba, pihak bomba mendapati pintu rumah mangsa berkunci dan
anggota bomba terpaksa memecahkan pintu berkenaan menggunakan peralatan
khas.
"Sebaik
pintu berjaya dibuka, pihak bomba mendapati seorang lelaki berusia
lingkungan 60 tahun berada di ruang tamu rumah dalam keadaan tidak
sedarkan diri.
"Mangsa yang dipercayai
tinggal sendirian disahkan telah meninggalkan dunia oleh wakil
Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk
tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan