Rabu, 27 Januari 2021

9 individu ditahan ingkar PKP di rumah urut

ISKANDAR PUTERI: Sembilan individu termasuk tiga warga tempatan ditahan kerana kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Op COVID-19 dan Op Noda dalam serbuan di Pusat Urut dan Refleksologi di Taman Bukit Indah, jam 3.30 petang, semalam.

Mereka yang ditahan adalah pekerja termasuk seorang juruwang berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata mereka yang ditahan membabitkan tujuh wanita dan dua lelaki tempatan.

"Tujuh wanita itu terdiri daripada empat warga tempatan, masing-masing satu dari Indonesia, Vietnam dan Thailand.

"Antara barangan yang dirampas termasuk kunci premis, monitor, jadual pekerja, telefon bimbit, tuala, minyak urut dan wang tunai RM715," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, seksyen 39, seksyen 6 (1) (c) akta sama dan kompaun atas kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Tiada ulasan: