Jumaat, 29 Januari 2021

Ajaran Islam Melayu ‘Ibu Yati’ sesat lagi menyesat, kata YADIM

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Hassan berkata 
pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah mengenai 
dakwaan timbulnya agama baharu itu.

PETALING JAYA: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Hassan mengingatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang didakwa dibawa individu dikenali sebagai “Ibu Yati”.

Nasrudin berkata, ia susulan dakwaan lahirnya agama baharu dikenali sebagai “Agama Melayu”, menggunakan lafaz Syahadah yang pelik dan disambung dengan pengakuan “Aku Melayu” sebanyak tujuh kali.

“Menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya mereka membawa Islam Melayu. Insya-Allah, dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah.

“Bagi agensi dakwah seperti YADIM pula sentiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian aqidah serta fikrah. Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu dikenali sebagai ‘Ibu Yati’ ini.

“Jelas ianya adalah ajaran yang sesat lagi menyesat,” katanya di Facebook.

Nasrudin berkata, beliau pernah mengenali “Ibu Yati” secara sepintas lalu kira-kira 20 tahun lalu ketika wanita itu masih belajar.

Tiada ulasan: