Keadaan
rumah penduduk di Taman Slim Permai yang dilanda banjir akibat daripada
air sungai Slim River yang melimpah. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
IPOH:
Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,237 mangsa
membabitkan 287 keluarga setakat jam 8 pagi tadi berbanding 1,010
daripada 263 keluarga, semalam.
Kesemua mereka ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, berkata
Daerah Hilir Perak mencatat jumlah tertinggi setakat ini dengan 557
mangsa daripada 156 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.
"Bagi Daerah Muallim, bilangan mangsa meningkat kepada 554 mangsa
daripada 118 keluarga manakala, di Kampar 75 mangsa daripada 21
keluarga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, bagi daerah Sungai Siput pula mangsa kekal seramai 51 daripada 11 keluarga.
Keadaan banjir di Taman Slim Permai di tepi Kampung Balun masih digenangi air. - NSTP/Rosman Shamsudin
Menteri
Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad (dua, kiri) menyampaikan sumbangan
kepada mangsa banjir Siti Zuliani Othman, 25, (kanan) serta adiknya Ain
Shafinaz, 22, dan Mohammad Shazmie Farhan, 13, ketika melawat mangsa
banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pejabat KEMAS Slim River
semalam. - Foto BERNAMA
Keadaan
rumah penduduk di Taman Slim Permai yang dilanda banjir akibat daripada
air sungai Slim River yang melimpah. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Keadaan
rumah penduduk di Taman Slim Permai yang dilanda banjir akibat daripada
air sungai Slim River yang melimpah. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan