Selasa, 5 Januari 2021

17,129 mangsa banjir di Pahang

Oleh Asrol Awang
Tinjauan di Taman Maran Jaya, Maran mendapati air masih lagi belum surut dan sesetengah penduduk membersihkan rumah dan barang-barang keperluan rumah yang masih selamat akibat banjir besar. - NSTP/Mustaffa Kamal

KUANTAN: Seramai 17,129 mangsa daripada 4,398 keluarga kini berada di 243 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah di negeri ini setakat 8.28 pagi, hari ini.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 14,616 mangsa daripada 3,891 keluarga yang dipindahkan ke 208 PPS pada 9 malam tadi.

Berdasarkan rekod, sebanyak 44 PPS dibuka di Raub, diikuti Lipis (42), Jerantut (37), Temerloh (24), Rompin (10), Pekan (sembilan), Bera (enam) dan Bentong (tiga).

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan sebanyak sembilan sungai masih melepasi paras berbahaya pagi ini, berbanding 11 sungai, semalam.

Sungai terbabit ialah di Sungai Jelai di Bukit Betong dan Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut.

Keadaan banjir yang berlaku di Kampung Air Hitam, Kuantan. - NSTP/Mohd Rafi Mamat
Keadaan banjir yang berlaku di Kampung Air Hitam, Kuantan. - NSTP/Mohd Rafi Mamat

Tinjauan di Taman Maran Jaya, Maran mendapati air masih lagi belum surut dan sesetengah penduduk membersihkan rumah dan barang-barang keperluan rumah yang masih selamat akibat banjir besar. - NSTP/Mustaffa Kamal
Tinjauan di Taman Maran Jaya, Maran mendapati air masih lagi belum surut dan sesetengah penduduk membersihkan rumah dan barang-barang keperluan rumah yang masih selamat akibat banjir besar. - NSTP/Mustaffa Kamal

Sebahagian mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sinar Mutiara, selepas kawasan sekitar Kampung Sungai Miang, Pekan dinaiki air banjir. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Inai), Pekan

Dua sungai yang melepasi paras amaran pula ialah Sungai Pahang (Lubuk Oasu) di Temerloh (Lubuk Pasu) dan Sungai Triang, Triang manakala Sungai Belat di Sri Damai, di sini, berada pada paras berjaga-jaga.

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut, hari ini.

Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang sehingga Khamis ini.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir Esah Mohd Ali, 72, (tengah) di Kampung Sungai Kalong, Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Banjir di Kampung Sungai Kalong, Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Tiada ulasan: