Selasa, 5 Januari 2021

Mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat 55 orang

KUALA SELANGOR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, Bestari Jaya, di sini, meningkat kepada 55 orang membabitkan 17 keluarga, pagi ini berbanding 46 orang, semalam.

Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir, berkata di Hulu Selangor pula jumlah mangsa banjir yang ditempat di tiga pusat pemindahan sementara kekal 128 orang daripada 39 keluarga.

"Tiga PPS terbabit adalah Balai Raya Kampung Baru A Hulu Bernam, Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah, Selisik dan Balai Raya Kampung Alah Batu, Gedangsa," katanya.

Difahamkan, keadaan cuaca di semua PPS cerah dan baik manakala, air mulai surut di beberapa penempatan terjejas.

Anggota bomba membuat pemantauan di Kampung Sungai Selisik, Hulu Selangor. - NSTP/Hazreen Mohamad
Anggota bomba membuat pemantauan di Kampung Sungai Selisik, Hulu Selangor. - NSTP/Hazreen Mohamad

Mohammad Izwan Abdul Ghani, 33, mengemas rumah selepas dinaiki air berikutan hujan berpanjangan di Kampung Sungai Selisik, Hulu Selangor. - NSTP/Hazreen Mohamad
Mohammad Izwan Abdul Ghani, 33, mengemas rumah selepas dinaiki air berikutan hujan berpanjangan di Kampung Sungai Selisik, Hulu Selangor. - NSTP/Hazreen Mohamad

Tiada ulasan: