Astro Awani
Jelas sumber, pakar kesihatan percaya sekatan itu boleh mengurangkan kadar
kes harian sehingga 80 peratus. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :
Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan langkah sekatan yang lebih tegas
seperti dilaksanakan pada peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
Memetik laporan MalaysiaNow pada
Rabu, sekatan ini boleh dikenakan di negeri-negeri yang mencatatkan kes
COVID-19 tertinggi iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka,
Johor dan Sabah.
Bagaimanapun, sumber yang dipetik laporan itu berkata, tempoh untuk melaksanakan larangan baharu ini masih tidak jelas.
Katanya, pakar kesihatan percaya, apabila dilaksanakan, ia dapat mengurangkan kadar kes harian sehingga 80 peratus.
Jelas
laporan itu lagi, pegawai tertinggi kerajaan telah dimaklumkan mengenai
perkara ini namun, masih menanti penelitian beberapa perkara.
Perancangan ini timbul apabila negara menyaksikan pertambahan kes positif COVID-19 harian yang tinggi melepasi paras 2,000 kes.
Tambah
sumber yang sama, apabila sekatan itu dilaksanakan semula, negara
terpaksa berhadapan dengan larangan rentas negeri, termasuk perjalanan
yang tidak penting.
“Ini bererti,
larangan sepenuhnya untuk sesi pertemuan agama, sosial, solat berjemaah,
kenduri, acara sukan dan festival tahunan,” dedah sumber itu lagi.
Dalam
pada itu, tambah sumber berkenaan, tidak ada perincian bagaimana sektor
ekonomi dibenarkan beroperasi di bawah PKP yang baharu ini.
Ujarnya, ini kerana kerajaan tidak mahu melihat kejatuhan ekonomi perniagaan seperti yang berlaku sebelum ini.
Untuk
makluman, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali diumumkan pada
18 Mac tahun lalu ketika negara mencatat kadar dua angka kes harian
positif COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan