Selasa, 19 Januari 2021

3,631 kes baru, 14 kematian, 238 di ICU

 MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Negara ini terus mencatatkan angka jangkitan Covid-19 yang tinggi apabila sebanyak 3,631 kes harian dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 165,371 kes, manakala kes aktif adalah sebanyak 39,464 kes.

Selangor terus merekodkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,199 kes, diikuti oleh Sabah (526 kes) dan Kuala Lumpur ( 521 kes).

Daripada jumlah kes baru hari ini, seramai 2,754 pesakit merupakan warganegara Malaysia, manakala 870 pesakit lagi bukan warganegara.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan 14 lagi kematian, menjadikan angka korban akibat wabak itu setakat ini adalah sebanyak 619 kes.

"Sehingga kini, terdapat 238 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu sembilan kluster baru dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau kini adalah sebanyak 305 kluster.

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 364 kluster, termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu kluster Tapak Bina Jalan Tengah, kluster Inten dan kluster Jambatan B.

Setakat tengah hari tadi, seramai 2,944 pesakit telah sembuh sepenuhnya, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 125,288 pesakit pulih daripada jangkitan virus berkenaan.

Tiada ulasan: