SIBU: Lapan bayi dan 38
kanak-kanak adalah antara 135 orang yang diselamatkan dalam kebakaran
sebuah rumah panjang di Ulu Arip, Selangau, kira-kira 132 kilometer dari
sini, malam tadi, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Pegawai APM Sibu Kapten (PA) Frankie John Jawan berkata kesemua mangsa yang turut merangkumi 12 warga emas, dua orang kurang upaya dan 75 orang dewasa kini terpaksa berlindung di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan selepas rumah panjang 18 pintu yang didiami musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.
Kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam, katanya ketika dihubungi.
Beliau yang mengendalikan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata bantuan awal termasuk Kit Makanan Permulaan telah diedar kepada mangsa sejak malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak melaporkan kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada 3.46 pagi.-- BERNAMA
Pegawai APM Sibu Kapten (PA) Frankie John Jawan berkata kesemua mangsa yang turut merangkumi 12 warga emas, dua orang kurang upaya dan 75 orang dewasa kini terpaksa berlindung di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan selepas rumah panjang 18 pintu yang didiami musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.
Beliau yang mengendalikan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata bantuan awal termasuk Kit Makanan Permulaan telah diedar kepada mangsa sejak malam tadi.
No comments:
Post a Comment