WALAUPUN terdapat penurunan kes pada hari ini iaitu sebanyak tujuh kes berbanding semalam 13 kes semalam, gelombang ketiga Covid-19 tetapi berkemungkinan boleh berlaku.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan pencegahan amat penting ketika ini dan rakyat perlu patuh pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Kita kena mencegah sebelum berlaku peningkatan kes secara mendadak kerana itu boleh menganggu fokus untuk menyekat penularan Covid-19.
BACA> 1742 orang tidak jalani ujian saringan Covid-19 kedua
“Kalau kita ada 2,000 hingga 3,000 kes sehari, dalam tempoh seminggu sahaja hospital kita akan sesak dan tidak ada kemampuan untuk merawat pesakit,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 di Putrajaya hari ini.
Menurut Noor Hisham, jika perkara itu berlaku, kawalan hanya dapat ditumpukan di hospital sahaja.
Jelas beliau lagi, disebabkan itu adalah penting untuk orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan seperti memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial.
“Kedua-dua kaedah SOP itu telah terbukti berkesan sebanyak 60 peratus dapat mengurangkan rantaian jangkitan Covid-19.
BACA> 27 Rohingya dikhuatiri lemas rupanya sudah masuk Malaysia
“Sebab itu kita minta supaya rakyat Malaysia amalkan. Perkara ini ibarat bara dengan bahan api yang perlu dijauhkan antara satu sama lain,” ujarnya.
Tambahnya lagi, pihaknya kini membenarkan rakyat untuk melakukan aktiviti seharian dengan SOP yang ditetapkan dan jika tidak patuh, pasti gelombang ketiga Covid-19 akan muncul. -SM
No comments:
Post a Comment