IPOH
- UMNO Perak yakin memperoleh kemenangan dengan majoriti yang lebih
besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim
sekiranya mendapat sokongan penuh kesemua parti di dalam Perikatan
Nasional (PN).
Pengerusinya,
Datuk Saarani Mohamad berkata, seperti yang berlaku pada PRK DUN Chini
sebelum ini, Barisan Nasional (BN) dijangka akan dapat mengulangi
kejayaan mempertahankan kerusi DUN Slim itu.
Beliau
berkata, pihaknya turut menghargai sokongan Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Ahmad Faizai Azumu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) Perak yang mengumumkan PN hanya akan meletakkan satu
calon pada PRK kali ini.
"Pengumuman yang
dibuat itu merupakan satu sokongan yang kita hargai bersama sebab pada
PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) terdahulu calon PH (Pakatan Harapan)
diwakili oleh Bersatu jadi sekarang Bersatu tidak lagi bersama PH maka
sewajarnya sokongan diberikan Menteri Besar Perak itu kita terima dengan
baik.
"Sepatutnya semua penyokong UMNO, BN,
Pas dan Bersatu memberi sokongan padu kepada calon BN seperti mana yang
berlaku di PRK Chini yang lalu. Insya-ALLAH kita akan menang besar,"
katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO negeri di Bangunan UMNO
Perak di sini malam tadi.
Dalam pada itu Saarani berkata, jentera kempen pilihan raya UMNO Perak akan digerakkan sepenuhnya bermula esok
Katanya,
selain semua cawangan di DUN Slim, cawangan lain di dalam Bahagian
Tanjung Malim akan turut membantu melancarkan kempen.
Beliau
berkata, sesi taklimat bagi menghadapi PRK juga turut dijadual diadakan
pada hari ini membabitkan jentera Wanita UMNO, ketua-ketua bahagian dan
ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjung Malim.
Mengenai calon pula, Saarani berkata, lebih tujuh calon sudah disenarai untuk dipertimbangkan UMNO Pusat sebagai calon.
"Kita mengambil kira semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap calon yang akan mewakili BN ini.
"Maklumat
mengenai calon-calon ini kita kumpulkan dan kita serahkan kepada
pimpinan tertinggi untuk meneliti calon yang sesuai," katanya.
Semalam,
Bersatu Bahagian Tanjung Malim mengumumkan parti itu membuat keputusan
untuk tidak meletakkan calon pada PRK DUN Slim dan akan membantu calon
UMNO.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu.
MR : .Kerjasama dlm PN makin baik...........
No comments:
Post a Comment