KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah di atas tujuh tuduhan
salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan
dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan kehakiman beliau berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa terhadap tertuduh.
Najib, 66, yang berdepan tiga dakwaan pecah amanah jenayah
(CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah
guna kuasa itu kelihatan tenang tanpa apa-apa reaksi ketika penghakiman
itu dibuat.
No comments:
Post a Comment