ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua tekong warga Rohingya disyaki cuba merasuah pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Padang Matsirat, Langkawi awal pagi ini.
Sumber SPRM negeri berkata, kedua-dua lelaki berusia 29 dan 35 tahun itu cuba merasuah pegawai APMM berkenaan supaya melepaskan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Rohingya yang cuba masuk ke Malaysia.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
Sumber berkata, tekong tersebut menyembunyikan kesemua PATI terbabit di sebuah rumah di Padang Matsirat.
“Tekong terbabit menawarkan rasuah sebanyak RM1,000 setiap PATI berkenaan supaya tidak diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber itu berkata, tangkapan hasil operasi bersama APMM Wilayah Utara dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment