GOMBAK: Pakatan Harapan
meletakkan calon daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia Malaysia
(Bersatu) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang
akan berlangsung pada 2 Mac depan.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim, keputusan itu dibuat dua hari lalu dalam satu mesyuarat tanpa kehadiran dirinya.

“Calon daripada Bersatu. Kita akan beri sokongan penuh. Keseluruhan
kekuatan PKR (Parti Keadilan Rakyat) Selangor seluruh negara termasuk
saya tumpu membantu calon Bersatu.
“Setiap PRK adalah sukar dan kami perlu bekerja keras. Kami akan terus menyokong calon Bersatu,” katanya pada Rabu.
Anwar berkata demikian pada sidang media selepas Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Semasa dan Reformasi Masyarakat bertemakan Pemikiran Islam Semasa dan Prospek Reformasi Masyarakat: Perspektif Geo-Budaya.
Seminar itu diadakan di Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan