Dalam troll terbarunya hari ini, Najib bertanya jabatan kerajaan apa yang perlu dirujuknya bagi mendapatkan kebenaran berswafoto (selfie).
"Semalam saya cari apam balik di Pasar Malam Kuah.
"Siapa tahu kaunter dan jabatan mana yang saya boleh pohon permit selfie?" katanya.
Kenyataan Najib itu disertakan dengan dua gambar yang dipercayai diambil ketika kunjungan beliau di pasar malam di Langkawi.
Najib dipercayai merujuk kepada tindakan pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung programnya di pulau peranginan berkenaan.
Lima laporan polis berkenaan dibuat oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Terdahulu,
pemimpin Bersatu yang juga merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan
Multimedia (KKMM) Eddin Syazlee Shith berkata laporan polis berkenaan
dibuat "menjaga ketenteraman awam" pulau peranginan berkenaan.
Gelaran Raja Troll diberikan Najib susulan pendekatan sindiran dan sinis seumpamanya dalam membuat kenyataan mengkritik atau membalas kritikan seteru politiknya, terutamanya pemimpin Pakatan Harapan.
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan