Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam hanya membenarkan umatnya berbohong dalam perkara tertentu disebabkan faktor keselamatan.
Menurutnya, seseorang Muslim tidak berdosa jika berbohong dalam keadaan perang atau menyelamatkan orang daripada dizalimi.
"Bohong ini memang agama tak suka. Agama ini (Islam) bukan agama bohong, agama ini agama fakta. Tapi kalau bohong itu disebabkan keselamatan tertentu maka orang boleh bohong.
"Bagaimanapun, bohong selepas mengambil duit, bohong di manifesto tidak diterima dalam Islam," katanya ketika menjawab satu soalan dalam rakaman kuliyah yang disiarkan di Facebooknya.
Walaupun soalan tersebut tidak merujuk mana-mana pihak, beliau dipercayai mengulas isu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang mengakui berbohong berkenaan isu rakaman audio yang dikaitkan dengannya.
Dalam rakaman itu, Nik Abduh mengaku menerima dana daripada Umno tetapi dinafikannya sebelum ini.
Menurut
Nik Abduh, dalam soal menjaga kerahsiaan parti perkara itu juga pernah
diamalkan bapanya, allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin
PAS.
Baca: Nik Abduh pertahan diri - 'ayah pun pernah bohong'
Selain
itu, Mohd Asri juga dipercayai merujuk kepada parti politik yang gagal
mengotakan janji seperti terkandung dalam manifesto pilihan raya mereka
sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.
"Sesungguhnya, bohong membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya, kejahatan membawa ke neraka.
Sekiranya satu orang itu suka cakap bohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong.
Sebab itu jaga, jangan sampai ditulis pembohong di sisi Allah," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan