Isnin, 4 Februari 2019

Bila Sherry sebut ‘Apa Malu Bossku’ di pentas AJL

Wartawan MalaysiaGazette

x43308163_1664064960364418_1435538547481247744_n-681x681
Sherry Al Hadad

KUALA LUMPUR – Tindakan spontan pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 menyebut “Apa Malu Bossku” malam tadi disambut oleh Datuk Seri Najib Razak.

Mantan perdana menteri itu menyambutnya dengan teruja apabila slogan yang dikaitkan dengannya itu disebut oleh Sherry Al Hadad.

“Eh, tadi AJL sebut apa? Kita geng!,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

najib-malu-apa-bossku-5

Bagaimanapun bukan semua senang dengan apa yang berlaku.

Seorang penyokong Pakatan Harapan (PH) nampaknya kurang selesa apabila Sherry menyelitkan ungkapan “Malu Apa Bossku” malam tadi.

Individu bernama Shamsul Omar juga tidak gemar perkataan ‘Salam 1Malaysia’ oleh Sherry dan mendesak TV3 membuat permohonan maaf kepada kerajaan secara terbuka atas apa yang berlaku di Axiata Arena Bukkt Jalil itu.

sherry-ajl-33

Beliau juga mahu ungkapan tersebut ditapis untuk siaran ulangan mahupun untuk simpanan arkib pihak TV3.

Alasannya beliau bimbang ungkapan yang dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu akan memberi pengaruh negatif kepada rakyat.

“Kita perlu lebih tegas dalam menangani pengaruh negatif yang dibawa bekas PM (Najib) yang semakin melampau mempengaruhi rakyat menerusi media sosial,” katanya.

Sebelum itu, di pentas Maharaja Lawak Mega juga ada kumpulan lawak mengungkap slogan ‘Apa Malu Bossku’ dalam persembahannya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: