Selasa, 12 Februari 2019

Audio Nik Abduh : Kebenaran Itu Bagaikan Keretapi Malam




Kan senang kalau awal-awal mengaku, tidaklah keadaan jadi kelam kabut. Setakat ini sudah dua orang pemimpin tertinggi Pas mengesahkan rakaman suara yang mengakui dia tahu yang pemimpin Pas ambil duit Umno sebagai suara Nik Muhammad Abduh.

Pemimpin pertama yang mengesahkan Tuan Ibrahim Tuan Man dan kedua Takiyuddin Hassan.

Pengakuan ini dibuat mungkin setelah ada beberapa saksi yang mengikuti ceramah yang dirakam itu sudah mula bersuara mengakui mereka mengesahkan sebagai suara Nik Abduh. 

Tidak mengapa, bagus mengaku sesuatu yang benar. Kita diajar bercakap benar dan jujur. 

Jadi ke mana nak lempar yang kata-kata tuduhan itu sebagai karut dan fitnah sebelum ini?

Jelas yang karut dan fitnah kini terjawab dengan sendiri. Saya selalu mengatakan kebenaran bgaikan kereta api malam yang tetap sampai ke setesennya walaupun lewat.

Kita tunggu dan dengar pula pengakuan ikhlas dan terbuka daripada Nik Abduh selepas ini.

Setakat ini dia belum mengakui secara jujur dan masih bermadah helah mengatakan, kata-katanya dipetik di luar konteks. Pulak. Saya nak sebutkan di sini dalam penilaian saya terhadap apa yang berlaku Nik Abduh tidak perlu bimbang dia insyallah tidak akan dibawa ke mahkamah atas tuduhan mengambil duit Umno. Trims.KOM

Tiada ulasan: