Oleh M FAQIH
“JADI apa yang berlaku jika lebih banyak katak daripada Umno meninggalkan kapal dan meminta untuk menyertai Bersatu.
“Adakah Bersatu akan membawa mereka
secara beramai-ramai. Adakah kita menyaksikan pengambilalihan Bersatu
oleh bekas Umno,” kata Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu di laman
sosialnya.
Babak tinggalkan Umno begitu rancak
sebelum ini. Paling hebat berlaku di Sabah. Pengerusi Umno Sabah Dato’
Hajiji Mohd Noor bersama 13 wakil rakyat isytihar keluar Umno Disember
lepas.
Turut sama bahtera itu 21 ketua bahagian Umno. Antara yang dikenali ramai ahli parlimen Beaufort Dato’ Azizah Mohd Dun dan bekas Timbalan Speaker Dato’ Seri Ronald Kiandee (Beluran). Dua Senator juga mengikut langkah sama.

Keseluruhannya sembilan Adun, empat Ahli Parlimen, dua Senator dan 21 Ketua Bahagian Umno meninggalkan parti itu.
Politik masuk dan keluar parti memang tidak asing di Sabah. Apa yang jelas parti mana ada kuasa itulah menjadi idaman.
Sabah pernah dikuasai Pertubuhan
Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) dan Berjaya. Apa yang berlaku sekarang
seolah-olah sudah dirasai Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pada April 2017 bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengingatkan pemimpin Umno di Sabah mengeratkan saf dan bersatu padu.
Beliau bimbang sejarah kekalahan USNO dan Berjaya berulang. Kejatuhan kedua-dua parti tersebut membolehkan Parti Bersatu Sabah (PBS) muncul. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengasas PBS pada 1985. Parti itu bermula sebagai pembangkang. Kemudian menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1986 membolehkan Pairin menjadi Ketua Menteri.

Namun PBS keluar gabungan itu pada 1990 sebelum bertaut semula bersama BN pada 2002.Itulah fenomena politik yang berlaku di Sabah sejak dahulu. Puncanya tidak lain lagi dambakan kuasa politik.
Dan situasi serupa menjangkiti politik
di Semenanjung. Kehilangan kuasa politik BN pada Pilihan Raya Umum (PRU)
lepas menyebabkan ramai pemimpin Umno juga dijangkiti virus dari puncak
Kinabalu.
Semalam sejarah lama itu diulangi
semula. Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa segan menerima
tujuh bekas ahli parlimen Umno.
Dr Mahathir menyerah kad keahlian Bersatu kepada bekas ahli-ahli parlimen Umno di Putrajaya.
Antaranya Ahli Parlimen Masjid Tanah, Dato’ Mas Ermieyati Samsuddin, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Dato’ Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor).
Antaranya Ahli Parlimen Masjid Tanah, Dato’ Mas Ermieyati Samsuddin, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Dato’ Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor).
Selain itu Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul
Aziz (Tanah Merah), Dato’ Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah
Mohd Fakeh (Sabak Bernam). Termasuk juga dalam senarai Dato’ Rosol Wahid
(Hulu Terengganu).
Mas Ermieyati meninggalkan Umno pada Julai 2018. Beliau mengemukakan permohonan menyertai Bersatu Disember lepas.
Kemelut PH
Tentunya ramai masih ingat keghairahan
Bersatu agak terencat seketika selepas rakan dalam PH menggertak
tindakan memancing wakil rakyat Umno. Paling vocal menghentam ialah DAP.
Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan
DAP Ramkarpal Singh dilapor berkata tindakan menerima bekas pemimpin
Umno menyertai PH dianggap pengkhianatan kepada rakyat.
Beliau begitu bimbang bekas Ahli
Parlimen Umno keluar parti dan berpaling kesetiaan kepada Dr Mahathir.
Baginya perkembangan itu berbahaya.
Oleh itu Ronnie Liu mengungkitkan Pengerusi PH yang dianggap pernah berjanji tidak akan menerima anggota parlimen Umno.
“Saya mendengarnya dengan telinga saya
sendiri. Dan saya percaya kepadanya. Ia benar-benar tindakan
mengecewakan kerana menerima sampah seperti ini,” ujarnya.
Namun segala luahan rakan gabungan PH
seperti tidak dihiraukan Bersatu. Apa pun Dr Mahathir seperti mahu
bilangan ahli parlimen Bersatu dilonjat sementara kepada 22 berbanding
12 sebelum ini.
Fenomena itu seolah-olah memperlihatkan ada retak menunggu belah
Fenomena itu seolah-olah memperlihatkan ada retak menunggu belah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan