KUALA LUMPUR – Dalam keadaan akar umbi PKR tidak senang hati dengan
pelantikan sebahagian pengerusi parti negeri dan wakil ahli Majlis
Pimpinan Pusat kini ada suara-suara yang sama dalam UMNO yang juga mahu
perubahan.
Menurut sumber, selepas ‘pemergian’ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kini UMNO diterajui oleh timbalannya yang memangku tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan – ada pihak merasakan wakil kepimpinan negeri juga wajar dirombak.
Ini kerana UMNO yang kini menjadi pembangkang perlu berubah dan mesti mengamalkan sistem delegate power secara menyeluruh.
Maknanya, menurut sumber, seorang pemimpin yang ada jawatan parti peringkat pusat tidak wajar dijadikan pengerusi perhubungan negeri walaupun hanya Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Sebagai pembangkang dan proses ‘mentarbiah’ pimpinan muda, langkah reformasi dalaman perlu dibuat dalam UMNO dan kali ini bukan pangkat dan kuasa menjadi tujuan, katanya.
“UMNO mesti rombak semula ketua badan perhubungan negeri-negeri, jika terus melantik orang-orang lama yang dicap bersama para pimpinan terdahulu ramai akan kata UMNO tidak berubah,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini.
Menurut sumber yang sama, apa yang pernah berlaku sebelum PRU-14 di Selangor wajar menjadi contoh di mana walaupun banyak bantahan namun pucuk pimpinan tetap melanti Tan Sri Noh Omar.
Namun hasilnya, kedudukan UMNO semakin teruk selepas PRU-14.
Jadi dalam konteks sekarang pun pelantikan wakil MT, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun dilihat tidak sesuai memandangkan beliau juga ahli parlimen di Pahang bukan di Selangor.
Posisi yang sama di Melaka, Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Kedah juga dilihat wajar dirombak.
“Ini berdasarkan laporan dari negeri negeri berkenaan bahawa ramai dalam kalangan ahli UMNO sendiri tidak begitu selesa dan tidak setuju perlantikan mereka.
“Kita bukan tidak menghargai dan berterima kasih atas komitmen dan pengorbanan mereka (pemimpin lama) selama ini cuma demi kelangsungan dan mengembalikan keyakinan dan sokongan akar umbi,” kata sumber itu.
Trend masa kini, menurutnya, dilihat lebih memerlukan tenaga muda yang memungkinkan UMNO mendapatkan semula kegemilangan seperti sebelum ini.
“Rayuan dan rintihan akar umbi perlu diambil kira. Kepada pemimpin UMNO yang mungkin terlibat dengan beberapa isu yang boleh mejejaskan reputasi UMNO silalah mengundurkan diri secara sukarela dan terhormat,” katanya.
Ia juga wajar diberi perhatian oleh Mohamad sebagai peneraju parti.
Usaha awal beliau melantik bekas presiden, Datuk Seri Najb Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Jemaah Penasihat UMNO dilihat usaha terbaik menyatukan semula UMNO.
Namun jika mengekalkan orang lama di setiap perhubungan negeri wajar dikaji semula demi memberi tenaga baharu yang lebih bersemangat membina semula UMNO.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan