Jumaat, 4 Januari 2019

UMNO: ADA USAHA SINGKIRKAN KEM ZAHID


Kemelut dalam UMNO masih belum reda meskipun Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengambil keputusan untuk ‘berehat’ bagi mengurangkan ‘ketegangan’ dalam parti ekoran tindakan segelintir bekas wakil rakyatnya keluar parti.

Perebutan kuasa pasca pemilihan UMNO masih lagi berlaku meskipun perwakilan sudah menentukan barisan kepemimpinan UMNO.

UMNO masih mempunyai kem-kem tertentu terutamanya mereka yang ingin menyingkirkan kumpulan Ahmad Zahid.

“Memang, masih wujud perebutan jawatan dalam UMNO pasca pemilihan parti.

“Kita tunggu dan lihat, jika mereka sayangkan parti perkara ini tidak sepatutnya timbul.

“Ada dalang yang cuba menjadi pencatur kepada jawatan-jawatan dalam UMNO,” kata sumber yang juga seorang pemimpin utama UMNO kepada Watan-Online.

Sebelum ini, Ahmad Zahid membuat keputusan berehat daripada menjalankan tugas sebagai presiden UMNO.

Ia susulan tindakan beramai-ramai wakil rakyat parti itu keluar parti dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas selain ada yang menyertai PPBM.

Keputusan itu menyaksikan Mohamad memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden parti yang menjalankan tugas Presiden UMNO.

Sementara itu, Watan Online difahamkan pemimpin UMNO dari Selatan tanah air menjadi dalang kepada usaha perebutan jawatan dalam parti itu.


Tiada ulasan: