Khamis, 24 Januari 2019

TG Haji Hadi Bukan Gila PM

Hj Idris Hj Ahmad
 

Lebih kurang dua minggu sebelum pembubaran Parlimen, saya masih ingat ketika saya, Dato Tuan Ibrahim dan TG Haji Hadi sedang berbual dengan beliau di Pejabat Agung. Beliau memaklumkan, tidak mahu bertanding DUN di dalam PRU 14.

Saya kata tak boleh, Tuan Guru mesti bertanding. TGHH sinonim dengan rakyat Trengganu dan diterima oleh semua lapisan masyarakat dalam usaha PAS untuk menawan Trengganu.

TGHH tegas tidak mahu bertanding dan hendak pastikan Dr Ahmad Shamsuri bertanding di DUN Rhu Rendang yang diwakili sejak tahun 1982 (selama 36 tahun tidak pernah kalah).

Sedangkan Dr Shamsuri sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang tidak ada dalam kepalanya untuk bertanding. Alhamdulillah impian TG Haji Hadi tercapai.

Tiba-tiba Lim Kit Siang buat rekaan, TG Haji Hadi hendak menjadi PM Malaysia kalau Pakatan Rakyat menang di dalam PRU 13. Mungkin beliau sudah habis gas hendak serang TG Haji Hadi dan PAS.

Maaflah kami lebih kenal Presiden kami daripada Lim Kit Siang. Masyarakat Malaysia lebih hormat beliau dari segi moral dan integriti daripada Lim Kit Siang. Sepenggal menjadi MB Trengganu, tidak memiliki banglo yang berharga berjuta ringgit seperti Lim Guan Eng.

Beliau bukan seorang yang gila pangkat dan habuan dunia. Bukan pelahap kepada jawatan. Beliau hanya hendak Islam didaulatkan di negara ini.

Lagi banyak beliau menyerang TG Haji Hadi semakin ramai orang menyampah dengan Lim Kit Siang. Jika selama ini pemimpin PAN mengutuk beliau dan membuat berbagai tohmahan, itu pun tidak terjejas, inikan pula serangan Lim Kit Siang.

*Hj Idris Hj Ahmad, Naib Presiden PAS


Tiada ulasan: