Ahli
Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meninjau perumah moden orang asli
ketika sesi walkabout bagi membantu Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd
Noor yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron
Highlands di Sungai Ruil, Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL,
TANAH RATA – Kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) cuba disembunyikan daripada rakyat
dengan memainkan semula isu lama termasuk skandal 1MDB dan Tabung Haji.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, cara itu
lebih mudah untuk menutup kelemahan parti pemerintah itu daripada
menjanjikan perkara baharu untuk rakyat Cameron Highlands.
“Setahu saya beberapa hari lepas bantuan kepada Felda belum selesai
lagi. Saya difahamkan Menteri Felda ada datang hari ini ke Cameron
Highlands mungkin nak selesaikan sebelum pilihan raya.
“Mereka cuba mengungkit isu-isu lama sebab bagi sebahagian besar
daripada rakyat melihat kos sara hidup lebih rendah masih tidak menjadi
kenyataan, malah rakyat sekarang ini mengeluh.
“Bukan saja dari segi harga komoditi tetapi bantuan kewangan, harga
barang tidak turun. Jadi mereka terpaksa mendendangkan lagu-lagu lama
ini, hutang lama dan sebagainya.
“Ini disebabkan mereka tiada isu baharu yang nak disajikan kepada
rakyat sebagai perancangan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,”
katanya pada sidang media ketika majlis ramah mesra bersama masyarakat
orang asli di Kampung Sungai Ruil, di sini, hari ini. Ahli
Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media selepas
beramah mesra dengan sebahagian penduduk orang asli ketika sesi
walkabout bagi membantu Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor yang
bertanding pada Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di
Sungai Ruil, Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL,
Khairy Jamaluddin juga menegaskan, BN tidak gentar kepada mana-mana
pihak yang mahu turun ke Cameron Highlands untuk membantu calonnya,
M.Manogaran.
“Tidak (gentar), kita terus dengan kempen kita, saya difahamkan
Perdana Menteri akan turun pada hari terakhir atau dua hari terakhir
kempen dan beliau akan turun ke kawasan Sungai Koyan khususnya gugusan
Felda di sana.
“Sebab kawasan itu menjadi tumpuan untuk kedua-dua belah pihak sebab
banyak undi di situ tetapi bagi saya percaya dan yakin kita akan terus
dengan strategi kempen.
“Kita tidak gentar siapa pun turun cuma luar biasa sikit, dulu
Perdana Menteri pun pernah turun pilihan raya tetapi jarang sekali
perdana menteri turun pilihan raya kecil.
“Ini juga menggambarkan bahawa PH ambil serius dan agak cemas dengan pendekatan BN setakat ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan