Selasa, 15 Januari 2019

PERLU SUARA BAHARU TOLAK KETIRISAN PH

Wartawan Watan-Online
 

Rakyat memerlukan suara baharu yang tegas dalam blok pembangkang bagi menolak ketidakadilan dan ketirisan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berkata beliau yakin dengan kapasiti dirinya sebagai wakil Orang Asli akan membantu mengangkat keseluruhan suara rakyat minorit di negara ini yang dipinggirkan kerajaan PH.

“Kita perlukan satu suara baru, suara yang lebih tegas daripada parti pembangkang untuk mengatakan kesilapan yang telah dilakukan dalam kerajaan di bawah PH.

“Kesilapan mereka dalam pemerintahan terutamanya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan kepentingan awam dan kepentingan semua kaum.

“Dengan kehadiran saya dalam Parlimen nanti, saya akan menengahkan isu-isu, idea dan pendapat kaum minoriti contohnya dalam merangka dasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan Orang Asli dan masyarakat lain di Malaysia, katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Justeru, Ramli yang juga dari suku kaum Semai dan merupakan anak kepada pengasas Senoi Praq, Datuk Mohd Nor Abdullah itu berkata beliau memohon sokongan orang rakyat terutama pengundi Cameron Highlands untuk memenangi PRK di Parlimen tersebut pada 26 Januari ini.

“Oleh itu, saya memerlukan sokongan penuh daripada anda agar suara dan hak rakyat terutamanya kaum minoriti dapat diperjuangkan dan diketengahkan,” katanya lagi.


Tiada ulasan: