SKMM patut siasat dakwaan gambar viral bukan siapa sebar gambar
BANGI
– Pemuda UMNO Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tersebarnya gambar seorang
petugas Pakatan Harapan (PH) dipercayai mengagih wang kepada masyarakat
Orang Asli di Cameron Highlands.
Ketuanya, Mohd Farid Mohd Nor berkata,
pihaknya mengesyaki dan percaya pengagihan wang berkenaan adalah
bertujuan untuk memancing undi.
Justeru, katanya, SPRM harus menyiasat perkara itu segera memandangkan ia adalah satu kesalahan mengikut akta pilihan raya.
“Walaupun PH telah menjawab kononnya ia
adalah pembayaran petrol untuk sukarelawan mereka, tetapi saya yakin ia
hanyalah bersifat penafian kerana gambar itu telah viral,”
“Kami harap perkara ini disiasat segera
malah kami tuntut agar tindakan diambil ke atas calon PH iaitu dengan
membatalkan pencalonannya dalam PRK ini,” katanya dipetik media
tempatan.
Terdahulu, beberapa keping gambar
menunjukkan beberapa individu memakai baju dengan logo PH didakwa
mengagihkan wang kepada penduduk Cameron Highlands yang kini dalam
tempoh kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) mula tular di sosial media sejak
pagi tadi.
Pada perkembangan sama, Mohd Farid turut
mempertikaikan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) yang sedang melakukan siasatan bagi mengenalpasti pemegang akaun
Facebook dan individu yang terbabit dalam gambar pemberian wang yang
dikatakan oleh jentera parti politik di dalam media sosial.
Katanya, siasatan harus dilakukan terhadap dakwaan gambar yang viral dan bukannya mereka yang menyebarkan gambar terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan