Selasa, 22 Januari 2019

Memalukan… ‘Let’s Twist Again’: Apa kata Kod Etika Hakim

ISMA WEB


'Rule of law' acuan Malaysia Baharu membuka tirai 'Keadilan Menuju Kehadapan' untuk rakyat Malaysia dengan edisi 'happening'



HAPPENING!!!... LA WEY‘ Wa caya sama lu… inilah sistem kehakiman kita… ‘Keadilan Menuju Kehadapan’ dalam Malaysia Baharu’. Apakah ini ‘sine qua non’ yang dimiliki hakim kita?

Diiring lagu Let’s Twist Again oleh Chubby Checkers, ‘mereka sedang menuju kehadapan…’
Itulah kata Pedang kepada mereka yang hadir pada ‘Majlis Makan Malam Pembukaan Tahun Perundangan 2019: Keadilan Menuju Kehadapan’.

‘Keadilan Menuju Kehadapan’ untuk rakyat Malaysia di bawah kerajaan baharu, di bawah ‘Malaysia Baharu’ yang dimonopoli parti tamak haloba DAP.

Heboh, tular video dan ulasan dikongsi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang memperlihatkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, dan Peguam Negara, Tommy Thomas, serta menteri berkaitan berpesta hebat malam tadi, menari mengikut gaya anak muda di disko dengan lagu twist – Let’s Twist Again.

“Malaysia Baharu menyatukan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Undang-undang, Peguam-peguam Pakatan Harapan Datuk Ambiga, Siti Kasim dll dalam satu pentas keramaian. Saja nak tahu dari segi etika kehakiman dan profesyen guaman, apakah ini dibenarkan? Atau ini sebahagian daripada tuntutan ‘Rule of Law’ acuan Malaysia Baharu?” Itu kata Asyraf dalam Facebooknya hari ini.

Pedang tidak mahu mengulas panjang. Biar rakyat Malaysia yang buat penilaian berdasarkan Kod Etika Hakim 2009 yang mengawal tingkah laku hakim dan pegawai kehakiman. Tetapi kod etika ini jika diteliti hanya terpakai kepada hakim. Bagaimana pula kod etika ketua hakim negara?

Bagi Pedang, hakim, termasuk ketua hakim negara dan peguam negara mesti mempunyai satu standard disiplin diri yang tinggi, demi menjaga integriti badan kehakiman.

Sebab itu jarang sekali kita melihat hakim berada di khalayak, naik bas atau kereta api pulang ke kampung. Naik pesawat pula duduk di kelas pertama.

Namun apa yang berlaku malam tadi? Let’s Twist Again!!!

Apakah ketua hakim negara bebas melakukan apa sahaja? Tidak terikat dengan kod etika hakim-hakim? Pedang rasa, ketua hakim negara lebih lagilah kena tunjuk etika paling baik.

Video Player

00:00
00:49
Kod Etika Hakim 2009 menyatakan:

Bahagian II
Kewajipan mematuhi Kod

4.  (1) Seseorang hakim hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Kod ini.
   (2) Pelanggaran mana-mana peruntukan yang ditetapkan dalam Kod ini boleh menyebabkan seseorang hakim dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Kod ini.

Bahagian III
Tatakelakuan
Mendukung integriti dan kebebasan badan kehakiman

5. Seseorang hakim hendaklah menjalankan fungsi kehakiman dengan bebas berdasarkan penilaian tentang fakta dan mengikut pemahamannya tentang undang-undang, bebas daripada apa-apa pengaruh luar, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak atau bagi apa-apa sebab.

Mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman

6. (1) Seseorang hakim hendaklah pada setiap masa, berkelakuan mengikut cara yang menggalakkan integriti dan kesaksamaan badan kehakiman.

(2) Seseorang hakim tidak boleh :-

(a) membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya
Dalam melaksanakan tugas-tugas kehakiman dengan adil dan cekap

7 (8) Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan mengikut cara yang tidak wajar sebagai seorang hakim atau yang boleh membawa atau dikira akan membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim.

Dalam bab mengurangkan risiko percanggahan dengan tanggungjawab kehakiman hakim semasa menjalankan aktivitu luar kehakiman

8. (1) Seseorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya tidak: –

(a) menimbulkan keraguan yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim;

(2) Seseorang hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesional perundangan secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah

(7) Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim.

Pada Bahagian IV iaitu Tatacara Pelanggaran Kod, berkaitan aduan terhadap hakim-hakim, Perihal 12 menyatakan:

“Apa aduan terhadap seseorang hakim yang dikatakan telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan Kod ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara.”

Tapi Pedang nak tanya sikit. Kepada siapa pula kita hendak mengadu jika Ketua Hakim Negara atau pegawai badan kehakiman yang melakukan jenis pelanggaran kod seperti dinyatakan dalam Kod Etika Hakim 2009 ini.

Atau kod ini sudah tidak terpakai apabila Pakatan Harapan memerintah.

Kata Pedang: Mari kita tengok sama ada kerajaan Pakatan Harapan mengikut ‘rule of law’ seperti yang dilaung-laungkan atau Malaysia sekarang mengamalkan ‘law of the jungle’. Selamat menilai… ‘Let’s Twist Againnnnnnnnnnnn!

p/s: Lewatnya portal-portal berita rakan DAP ini siar berita ‘happening’ ini.

Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net, tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

SILA LIHAT : KOD ETIKA HAKIM 2009


Tiada ulasan: