Jemaah Menteri putuskan tidak benar wakil Israel masuk ke negara
PUTRAJAYA
– Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah sebarang
program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga
Israel, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Pada
mesyuarat Kabinet dua minggu lepas, beliau berkata, Jemaah Menteri juga
memutuskan wakil Israel tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk
menghadiri sebarang acara dan program.
“Keputusan
kabinet dua minggu lepas menunjukkan pendirian tegas kerajaan
Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menerima memorandum
daripada 43 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pembebasan
Palestin di Wisma Putra di sini hari ini.
Sebelum
itu, Saifuddin menerima memorandum yang diserahkan Pengerusi Boycott
Divesment Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail yang
menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan Malaysia yang tidak
membenarkan atlet Israel memasuki negara ini.
“I thanked
all of you for coming up with a memorandum in supporting the pledge for
Palestine. We look forward to work closely pertaining brothers and
sisters in Palestine,” he said.
(“Saya
berterima kasih kepada anda semua yang tampil dengan satu memorandum
menyokong rayuan bagi Palestin. Kami menanti untuk bekerjasama erat
berhubung saudara di Palestin,” katanya.)
Pada 10
Januari, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa
kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel
bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak
yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos hadapan.
Dr Mahathir berkata, sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.
Tindakan
Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan itu
yang mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi
tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.
Kejohanan itu dilihat sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan