Pimpinan UMNO yang meninggalkan parti demi kelangsungan hayat politik mereka akan dikenang sebagai pengkhianat bangsa.
Presiden Sukarelawan Malaysia, Dr. Isham Jalil berkata UMNO merupakan sebuah parti yang berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Justeru ahli Parlimen dan pimpinan UMNO yang bertindak keluar parti pada waktu ini akan terus dikenang sebagai pengkhianat yang mementingkan diri sendiri.
“Sesiapa yang meninggalkan perjuangan UMNO hari ini kelak akan dikenang sebagai pengkhianat, biarlah di ‘pucuk’ (pimpinan) yang mati (lompat parti) tetapi akar umbi UMNO akan terus kuat.
“Kita tidak akan berganjak, kalau mereka melompat, kita tidak akan ikut.
“Kita akan teruskan perjuangan penting demi agama, bangsa dan negara untuk 100 tahun akan datang,” katanya dalam Majlis Perasmian Pertubuhan Gerak Setia Masyarakat (GSM) Kampung Tok Muda serta Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di Kampar, Selangor pada Isnin.
Mengulas lanjut, Isham berkata peluang untuk diingati sebagai pejuang bangsa juga kini telah terbuka seluas-luasnya apabila UMNO tidak lagi memegang tampuk pemerintahan sehinggakan kepentingan orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis.
Justeru beliau berkata kaum Melayu kini mempunyai pilihan untuk dikenang sebagai pengkhianat atau pejuang sejati.
“72 tahun lepas, nenek moyang kita buat pertahankan perjuangan yang sama dan mereka diingati sebagai pejuang.
“Hari ini peluang kita, sesiapa yang berjuang akan diingati untuk 100 tahun akan datang sebagai pejuang bangsa.
“Orang yang merayu dan meminta sedekah kepada DAP (pada hari ini) akan dikenang sebagai pengkhianat untuk 100 tahun lagi,” ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan