Khamis, 24 Januari 2019

KKM bakal perkenal Skim PeKa B40 untuk tangani NCD B40

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan atau PeKa B40 bagi menangani isu penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi dalam kalangan golongan B40 di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata butiran lebih lanjut berhubung skim PeKa B40 akan diumumkan pada 28 Jan ini.

Berucap pada majlis pelancaran Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim MySalam di sini hari ini, beliau berkata PeKa B40 akan saling melengkapi skim MySalam yang diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia.–Bernama

Tiada ulasan: