Khamis, 24 Januari 2019

Kit Siang dimalukan pengunjung ketika kempen

Manzaidi Mohd Amin

Lim Kit Siang.
Lim Kit Siang.

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang tersipu malu apabila kempennya di sebuah penginapan di Cameron Highlands pagi semalam disindir dan diperli oleh beberapa pengunjung.

Beliau bersama beberapa jentera DAP dan diiringi kumpulan tarian singa, dikatakan singgah di penginapan itu untuk berkempen tetapi tidak dilayan oleh pengunjung.

Sebaliknya, beberapa lelaki yang sedang menikmati makan pagi melaung ke arah kumpulan Kit Siang dengan kata-kata, “tipulah…janji pilihan raya lepas tak dak (tidak) settle (tunai) lagi”.

Kemudian disampuk yang lain dengan berkata, “apa mau janji pula?”

“Semua kena tipu..janji kuat, tipu (pun) kuat,” pekik seorang lelaki.

Ketika itu, Kit Siang bersama rombongan kempennya berjalan ke arah pintu untuk keluar dari dewan makan penginapan berkenaan dan kedengaran kata-kata sindiran, “Orang Asli sudah lama di Malaysia tau”.

“Tak perlu PR (status penduduk tetap) ma,” kata pengunjung dalam klik video berdurasi 50 saat itu.
“Pi, pi, pi (pergi) tipu orang lain pula,” kedengaran suara menghalaunya.

Ketika itu Kit Siang sudah bergegas keluar dari penginapan berkenaan yang diekori kumpulan tarian singa. – MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: