Selasa, 15 Januari 2019

Apa motif Menteri Luar lantik Eric Paulsen?

NASRUDIN HASSAN

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021.
 
Dia tidak layak mewakili negara untuk bercakap mengenai hak asasi manusia kerana sering menghina Islam. Apa motif sebenar Menteri Luar untuk melantik Eric Paulsen?
 
Umum mengetahui, PAS dan banyak NGO telah membantah ICERD. ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa yang mahu diratifikasi oleh Menteri Luar walaupun ditolak sendiri oleh YAB Perdana Menteri.
 
Kini, beliau sengaja sekali lagi membuat provokasi dengan melantik individu yang biadap dan menghina Islam bagi mewakili negara untuk bercakap mengenai hak asasi manusia di Malaysia.
 
PAS minta umat Islam bangkit menolak pelantikan Eric Paulsen dan menggesa Menteri Luar membatalkan pelantikan tersebut.
 
Apa yang membimbangkan rakyat adalah segelintir menteri cuba membawa doktrin liberal dan anti Islam sebagai tokoh negara.
 
Walhal, Malaysia mempunyai sendi utama yang berteraskan Islam, Melayu dan Raja Berperlembagaan.
 
Islam Memimpin
 
*NASRUDIN HASSAN, Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY
 
 

Tiada ulasan: