Wednesday, July 25, 2018

Berpeluk ketika berlakon boleh pula?

Wartawan MalaysiaGazette
Foto Instagram Boy Iman.
Foto Instagram Boy Iman.

KUALA LUMPUR – Gara-gara pelukan mesra antara  Datuk Boy Iman dan Ifa Raziah, kedua-dua mereka mendapat kecaman netizen.

Gambar yang dimuatnaik di Instagram Boy Iman itu menjadi pertikaian kerana kedua selebriti tersebut tidak menjaga sensitiviti orang Islam kerana mereka bukan mahram.

Tampil membela diri, Ifa, 43, mempersoalkannya kerana dalam drama atau filem yang mempunyai babak berpelukan dan bersentuhan pula ia dibenarkan.

“Dok berlakon dalam drama dan filem tu ada juga babak berpeluk, bercium, berpegang tangan.

“Kadang-kadang tu sampai terlajak beromen pun ada selagi ruang dan peluang itu tak apa dibolehkan sebab berlakon saja walaupun bukan mahram.

“Walaupun bukan ada perasaan hawa nafsu tu halal ke?” tulis Ifa menerusi laman Instastory miliknya.

Penyanyi lagu Ser Ser Ser itu juga bengang  dengan komen netizen yang mengatakan dia seperti berlaku curang dengan suaminya.

Menurut Ifa, suaminya, Mohd. Yani Abdul Rahman mengenali diri sebenarnya lebih daripada orang lain.

“Sekurang-kurangnya aku tak curang dengan laki (suami) aku! Atau ‘main’ (mempunyai hubungan) dengan jantan lain atau bercinta dengan jantan lain.

“Hello suami aku pun kenal siapa aku sebenarnya baik dan buruk aku,” katanya. – MalaysiaGazette


No comments: