SELANGORKINI
KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia sedia membawa pulang
jenazah mangsa rakyat Malaysia yang terkorban akibat bencana gempa bumi
di Lombok, Indonesia hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan
akan segera mengenal pasti mangsa.
“Saya ingin rakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa-mangsa
kejadian ini. Saya doakan mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.
Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk segera mengenalpasti wanita
tersebut, dan akan membawa mayat tersebut pulang ke tanah air,” kata Dr.
Wan Azizah melalui Twitter.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan seorang rakyat
Malaysia terkorban akibat gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter
ketika mendaki Gunung Rinjani awal pagi ini.
No comments:
Post a Comment