BACHOK: Rakyat Kelantan
menyifatkan keputusan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Sijil
Peperiksaan Bersama (UEC) yang dilaksana di 61 sekolah persendirian Cina
sebagai tepat.
Mohd Napi Mohd Nawi berkata, dasar
pendidikan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 sudah mampu
membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.
Katanya,
pendirian tegas kerajaan Kelantan merupakan satu langkah yang tepat
bagi memastikan rakyat mengikuti dasar pendidikan negara sahaja.
"Pendirian berani itu saya sangat
setuju, malah dasar UEC tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sebuah
negara yang mempunyai pelbagai kaum.
"Memang tidak salah orang Melayu, Cina,
India dan lain-lain menuntut hak mereka, tetapi tuntutan ini mestilah
tidak bertentangan dengan dasar yang diamalkan di negara kita," katanya.
Baru-baru ini Menteri Besar, Ustaz Dato'
Bentara Kanan Ahmad Yakob menegaskan kerajaan Kelantan yang tidak
mengiktiraf UEC bagi mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.
Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan,
Teo Nie Ching dilapor memberitahu kerajaan akan mengiktiraf UEC selaras
dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Muhamad Zainudin Abdullah juga
sependapatan dengan Mohd Napi sambil menegaskan kerajaan sebelum ini pun
pernah menolak pelaksanaan UEC dalam sistem pendidikan negara. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment