Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Perlembagaan Malaysia tak sebut Islam Sunnah Wal Jamaah
PETALING JAYA
– Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai
Siti Kasim, mempertikaikan hak pihak berkuasa jabatan agama Islam dalam
menentukan hidup seseorang muslim di Malaysia.
“Kenapa
puak-puak ini semua dan majlis agama ingat dia berhak ke atas kehidupan
saya, dia berhak untuk memberitahu saya apa untuk dipakai, dia berhak
untuk memberitahu saya apa untuk makan, dia berhak untuk memberitahu
bagaimana untuk hidup. Siapa dia?”
“Selagi
kita tidak bersuara, menentang orang yang mahu menguasai hidup kita di
Malaysia ini. Kita ada hak di bawah undang-undang untuk hidup secara
aman.
“Bukan
ditentukan bukan ditekan oleh kepercayaan sesiapa pun. Saya rasa dalam
keadaan sekarang ini, saya sebagai Melayu dan muslim, hak saya memang
tiada,” katanya pada program Toleransi Agama dan Malaysia Baharu di
Gerakbudaya, di sini, malam tadi.
Program
anjuran Projek Dialog itu turut menampilkan Timbalan Presiden Ikatan
Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya; aktivis Concerned
Lawyers for Justice (CLJ) yang juga peguam, Aidil Khalis; Setiausaha
Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang juga seorang peguam,
Syahredzan Johan; dan wakil Ahmadiyyah, Abdul Azizam Matjini.
Siti Kasim turut membidas pihak yang cuba memaksa umat Islam menerima Islam yang mereka fahami.
“Sekarang ini kenapa mereka tiba-tiba melakukan demo berkenaan Islam dan Melayu didiskriminasikan. Kenapa?
“Sebab
mereka takut dengan kerajaan baru ini. Kerajaan baru akan mengikut the
rule of law. ‘And the rule of law recognize the rights of the people’.
Ini adalah fakta,” dakwanya.
Beliau
berkata, selagi kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap orang yang
cuba dan mahu untuk menguasai kehidupan kita, selagi itu beliau rasa
tiada toleransi.
Siti Kasim
yang juga seorang aktivis liberal itu berkata, beliau mempunyai
pandangan sendiri terhadap Islam yang berbeza dengan apa yang
diketengahkan Isma dan CLJ.
“Adakah
patut saya berdiam diri? Sebagai contohnya, RUU355 disokong
habis-habisan oleh kaum-kaum ini. Tetapi mereka tidak menerangkan apa
sebenarnya RUU355 ini. Daripada hukuman syariah, kononnya nak
memperkasakan Mahkamah Syariah. Memperkasakan? Adakah ini sebenarnya
hendak menekan orang Islam atau pun untuk memperkasakan?.
“Kebanyakan
orang Melayu tidak tahu apakah impak sebenarnya hukuman RUU355 ini. Dan
jangan sebut mengenai kes-kes sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kes-kes sebelum PRU14 apabila berkenaan agama memang tidak akan berpihak
kepada undang-undang.
“Apa-apa
keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum PRU14, kami percaya ia
sentiasa dipengaruhi mereka yang berkuasa pada ketika itu. Jadi apa-apa
keputusan mahkamah sebelum PRU14 adalah tidak mengikut undang-undang,”
katanya.
Katanya,
dalam Perlembagaan tidak menyebut Islam Sunnah Wal Jamaah, dan
kepercayaan terhadap Islam adalah mengikut kehendak serta versi
masing-masing, termasuk Ahmadiyyah dan Syiah.
“Setahu
kami, undang-undang memang memihak kepada semua rakyat dan apabila kata
kebebasan agama, mengenai Islam sebagai contoh, di dalam Perlembagaan
kita, tidak ada kata, Islam Sunni, tidak ada kata Islam Sunnah Wal
Jamaah, semua jenis Islam adalah diterima oleh Perlembagaan kita,”
katanya.
No comments:
Post a Comment