Saturday, July 28, 2018

KU LI TERAJUI JEMAAH PENASIHAT, HAD KEAHLIAN UMNO 16 TAHUN

Wartawan : HASPAIZI MOHD ZAIN /  Videographer : HAZIERRA LUKMAN
 
 LIHAT VIDEO DI SINI


Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini mengumumkan beberapa pembaharuan terhadap pentadbiran parti itu selaras dengan aspirasi akar umbi.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad zahid Hamidi mengumumkan penubuhan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan Tengku Razaleigh Hamzah.

Selain itu Ahmad Zahid juga turut mengumumkan penurunan had usia keahlian parti itu daripada 18 tahun kepada 16 tahun selaras dengan perubahan had usia mengundi yang mungkin berlaku.

MT UMNO juga turut menubuhkan sembilan majlis yang akan memainkan peranan untuk mengembalikan kekuatan parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

No comments: