GERAKAN Pembela Ummah
(UMMAH) yang terdiri daripada 300 NGO yang mewakili suara majoriti
rakyat di negara ini terutama orang Melayu Islam ingin menegaskan
perkara-perkara berikut:-
1. Semua tindakan dan keputusan kerajaan
mestilah bertunjangkan kepada asas perlembagaan negara tanpa
menjejaskan mana-mana fasa didalam perlembagaan. Ini demi untuk menjaga
perpaduan kaum dan hubungan antara agama kekal harmoni dan sejahtera
2. Keabsahan ugama islam dan hak
istimewa orang Melayu mesti tidak digugat sama sekali kerana itu adalah
jaminan didalam pembentukan negara Malaysia dan merupakan elemen didalam
tujuh wasiat Raja-raja Melayu. Ini termasuk tanah rezab Melayu, bantuan
pelajaran dan pekerjaan disektor awam
3. Isu UEC mesti ditolak sama sekali
kerana ia bukan saja bertentangan dengan dasar pendidikan negara malah
akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih ketara
4. Kementerian Pendidikan mesti tegas
untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada Sekolah
Menengah Persendirian Cina (SMPC), kerana ia tidak termasuk di bawah
kurikulum dan sistem pendidikan kebangsaan, serta tiada asas di sisi
Perlembagaan. Peruntukan kewangan itu seharusnya dimanfaatkan untuk
kegunaan yang lebih meluas kepada rakyat, dengan meneruskan program
MyBrain untuk mahasiswa pasca-ijazah melanjutkan pelajaran ke peringkat
PhD. Juga wajar digunakan untuk peruntukan sekolah-sekolah agama,
seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 12(2) Perlembagaan
Persekutuan.
5. Semua urusan dan kenyataan resmi oleh
pihak kerajaan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan UMMAH
mendesak kerajaan mengambil langkah yang lebih serius dalam
memperkasakan bahasa kebangsaan ini
6. Gerakan atau mana-mana pertubuhan
yang membawa agenda liberalism, evangelism dan humanism yang
berlandaskan nilai barat mesti dikekang. Kebebasan bukan bererti tanpa
had tetapi sebaliknya mesti mengikut lunas-lunas agama dan budaya
negara.
7. Tindakan mesti diambil ke atas
mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan Institusi Raja apatah
lagi suara-mana yang mahu menghapuskannya.
8. UMMAH menuntut kerajaan memberikan
ruang kepada UMMAH untuk berbincang dan meneliti sebarang polisi dan
akta-akta baru yang hendak dikemukakan ke parlimen seperti Akta Harmoni
Nasional, Akta Kebencian Agama dan Kaum serta Akta Anti-Diskriminasi
Kaum dan lain-lain.
UMMAH ingin menegaskan bahawa himpunan
ini adalah sebagai isyarat kepada rasa tidak puas hati rakyat terhadap
pentadbiran kerajaan. UMMAH menuntut kerajaan segera membaiki segala
kepincangan yang berlaku dan tidak menolak kemungkinan bahawa Himpunan
yang lebih besar akan diadakan jika tidak ada apa-apa tindakan pembaikan
dari pihak kerajaan. HARAKAHDAILY
*Aminuddin Yahaya , Ketua Sekretariat UMMAH
No comments:
Post a Comment