Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim
berkata pihaknya dapat menjalankan tugas dengan baik dan mendapat
kerjasama peserta perhimpunan yang hadir.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ini kerana pihaknya dapat menjalankan tugas dengan baik dan mendapat kerjasama peserta perhimpunan yang hadir.
“Himpunan semalam berjalan dengan lancar, orang ramai yang hadir juga memberi kerjasama yang baik kepada polis. Kehadiran kami jangka dalam 3,500 hingga 4,000 orang awam terlibat dan semuanya berjalan mengikut peraturan.
“Kami berharap perhimpunan seperti ini dapat dijadikan contoh baik bagi memudahkan tugas PDRM.
Kami juga berharap peserta perhimpunan patuh pada peraturan dan tidak mengganggu orang ramai,” katanya selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 400 pesara polis oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Rashid berkata, antara yang hadir ke himpunan itu adalah bekas penasihat sosio budaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.
Menurutnya, penganjur perhimpunan turut memaklumkan polis program berkenaan dan polis mengambil langkah sesuai bagi memastikan perjalanan trafik sepanjang program berkenaan lancar.
Sementara itu, Rashid berkata, penganugerahan PJPN merupakan istiadat amat penting dalam PDRM bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota serta pegawai kepada tanah air.
Beliau berkata, di Johor sahaja, sehingga hari ini terdapat lebih kurang 8,000 pesara polis menetap di negeri ini.
“Ada dalam kalangan pesara ini telah pencen lebih 30 tahun, yang kita raikan pada hari ini bagi memberi pengiktirafan kepada pengorbanan mereka, terutamanya pada zaman darurat dan kedatangan komunis suatu ketika dahulu.
“Hari ini, kami meraikan 400 pesara yang 100 daripada mereka ini masih berkhidmat dalam jabatan, manakala selebihnya akan kami sampaikan secara berperingkat.”
No comments:
Post a Comment