Wednesday, April 25, 2018

Muhyiddin tidak pernah senada dengan Tun M, kata Anina

Shawaliah Hadir
Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbincang sesuatu dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI,
 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam struktur pentadbiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata bekas pengasas parti itu Anina Saaduddin.

Katanya, lagi sejak awal penubuhan parti itu lagi, Muhyiddin berpendirian bahawa Dr. Mahathir hanya layak menjadi penasihat dan membantu PPBM untuk gerakan kempen, namun yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah dakwa Anina lagi, anak Tun M sendiri Datuk Mukhriz Mahathir juga senada dengan Muhyiddin.

“Ketika peringkat permulaan nak menubuhkan parti memang Muhyiddin tidak mahu Tun M duduk dalam struktur parti dia tidak mahu Tun M pegang jawatan dalam kepimpinan PPBM.

“Muhyiddin dan Mukhriz (Datuk Mukhriz Mahathir) hanya mahu Tun M hanya penasihat dan bantu kempen saya yang perjuangkan untuk wujud jawatan Pengerusi parti dan letak Tun di situ,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jelasnya, Muhyiddin yang bertanggungjawab menggerakkan PPBM dari awal sudah tentu merasakan parti itu miliknya setelah berkorban dari aspek kewangan berbanding Dr. Mahathir.

Namun akhirnya, Dr. Mahathir semakin dominan dalam parti itu kemudiannya mengakibatkan kedua-dua pemimpin tersebut tidak sependapat khususnya dalam membuat keputusan.

“Muhyiddin yang dahulu menstrukturkan parti dari segi pentadbiran, dia juga mengeluarkan perbelanjaan parti,  semua kos operasi parti dan sebagainya, Sudah tentulah dia akan rasa.

“Muhyiddin ada ‘sense of ownership’ (pemilikan) maknanya dia mestilah nak buat sesuatu dalam PPBM ikut cara dia. Mengenali Tun M pula, tidak sesiapa boleh halang dia, jadi sudah pastilah ada wujud masalah di situ kalau kata tidak,” tambah beliau.

Lantaran itu, Anina yang pernah berada dalam PPBM sebelum ini menegaskan Muhyiddin dan Tun M tidak akan pernah selari dan senada walaupun mereka menafikannya beberapa kali. -MalaysiaGazette


No comments: